Thursday, April 7, 2011

SAHABAT


Bila kita berbicara tentang sahabat.. Ia memang sukar dicari malah sering diduga..
Sahabat.. Insan yang sentiasa disisi di kala menangis dan ketawa.. Di kala gelak dan air mata..
Sahabat.. Insan yang sudi mendengar luahan rasa hati tanpa jemu dan bosan.. Sahabat.. Insan yang rela bekorban dan buat apa sahaja demi melihat sahabatnya ketawa dan bahagia.. Apakah tidak wujud sahabat di muka bumi ini?? Wujud.. tapi sukar dicari..
Sahabat yang hilang pula sukar dicari ganti.. Apabila kita memiliki sahabat tidak selamanya dia aka
n
bersama kita..
Tidak selalu nya die dapat mendengar luahan keluh kesah hati kita.. Tid
ak mungkin die akan dapat menemani kita sentiasa..
Dikala aku suka, aku senang bila dapat berkongsi kebahgiaan ku bersamamu..
Dikala kau sedih dan di dalam kedukaan.. Aku senang untuk menceritakan
kegundahan yang melanda..
Tapi kini aku tak dapat berkongsi semua itu lagi kerana sahabat.. kau terpaksa pergi atas sebab yang menjanjikan kamu sebuah kebahagiaan yang baru..
Itulah sahabat, aku rela bekorban yakni merelakan kau pergi biarkan hati ini berat untuk melepaskan mu.. Walaupun kadang2 aku tak menduga semua ini akan berlaku antara kita..
Perpisahan ini walaupun sementara, buat aku sedar nilai sebuah persahabatan yang iklhlas.. Walaupun kite tidak
bertentang mata.. berbalas kata.. tapi aku disini sentiasa mendoakan kamu berada dalam keadaan sihat2 aje..
Semoga persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat.

No comments:

Post a Comment