Saturday, April 23, 2011

Mimpi Indah (Kenangan Bersamamu)



Sekian lama terpisah
Akhirnya kita berjumpa
Bagai sebuah cerita cinta

Senyuman yang kau ukirkan
Selalu bermain dimata
Hingga terbawa didalam lena

Bilaku pejam mata
Dirimu yang menjelma
Bertemu kita didalam mimpi indah

Ku sering memikirkan dirimu kasih
Tak putus doaku hulur padamu…ohh
Moga terbuka pintu hatimu untukku
Membuktikan kejujuran cintaku

Impian menjadi nyata
Seandainya kau terima
Cinta yang telah aku berikan
Akanku genggam setia
Janji yang telah dibina
Bersama kita menuju bahagia

Bridge:

Bilaku pejam mata
Dirimu yang menjelma
Bertemu kita didalam mimpi indah

Kau bersinar mengerangi kegelapan
Kau hadir menyeri kehidupanku…Ohh
Maafkanlah daku kisah cinta lalu
Takkan ku ulangi kesilapanku

Kan ku cium tanganmu
Sebagai tanda rindu
Kan ku katakan ku cinta padamu

Kan ku cium tanganmu
Sebagai tanda rindu
Kan ku katakan
Ohh darling I love you…

Apabila terdengar lagu ni memang buat aku teringat kat sumone la..
Lagu ni dia pernah nyanyi kat kau setiap kali nak tidow..
Owhhhh...sayu nye hati ini.. ;(
Tapi apakan daya,semua tu dulu..dah lama berlalu..
HAHAHAHHAHAHA!
Tidak mengapa..aku hanya mengimbau kenangan lalu..
Membuang masa dengan semua itu..
Kadang2 teringat jugak kan skandal2 lama..
By the way,lagu ni best sebenarnya..
Muzik slow tapi beshh..
Klau ada peluang aku blaja gitar,lagu ni first aku nak bawak..
Mmg TOP kan! hhuhuhu..

Bila ku pejam mata.. Dirimu yang menjelma... GUDNITE~

http://liriktube.blogspot.com/2010/10/lirik-lagu-mimpi-indah-baron-bros.html

Nilai diri sendiri sebelum orang lain menilai kita..

Kadang2 hidup ni ada jatuh..ada bangun..
Dikala kita jatuh maka bangkitlah kita sendiri ataupun dengan bantuan org lain..
Apabila kita bangun, janganlah kita terlalu riak dan takbur..
Kadang2 kita kena sedar diri, sedar siapa kita, dimana kita..
Kadang2 kita kena hargai orang yang pernah berbuat baik pada kita..
Bukan mengambil kesempatan diatas simpati mereka pada kita..

Kita sering memperkatakan tentang orang..
Sedarkah kita akan diri kita sendiri??
Sempurna ke? Muhasabah la diri.. (istighfar)
Mungkin orang lebih banyak memperkatakan tentang kita..

Kita juga sering mahukan apa yang kita mahu..
Dalam hidup ni NOTHING impossible untuk dicapai..
Tapi kadang2 kita kena ukur, mampukah kita capai tanpa usaha yang gigih?
Hasil mesti seiring dengan usaha..
Janganlah kita merasa kita ni terlalu pandai..

Kadang2 orang berbuat baik pada kita..
Hargailah..Berfikir secara positif..
Jangan menyalahgunakan & menyalahtafsirkan kebaikan mereka..
Sejujurnya mereka ikhlas..
Tapi bukan pembalasan yang mereka harapkan..
Cuma sebuah penghargaan..
Penghargaan yang macamana??
Penghargaan supaya menghormati die..
Menghormati yang macamana??
Menghormati die sebagai sahabat..teman..
yang sedia menjadi teman ketika susah mahupun senang..
Jika teman anda dalam kesusahan.tegarkah anda membiarkan die sendirian??
Mungkin bagi ku tidak..

Kita juga kena ingat, tuhan dah aturkan yang terbaik untuk kita.
Jangan kita merungut tentang apa yang tuhan tentukan.
Kita bersyukur dengan apa yang kita ada..
Guna sebaiknya..

Kalau keluarga kita tidak mampu,buat cara tidak mampu..
Jangan kita berlagak seperti orang yang mampu..
Kelak kita akan menyusahkan orang lain malah keluarga kita sendri..
Tegar ke kite menyusahkan mereka??
Bagi ku juga tidak..

Aku menilai diri ini serendah mungkin kerna
aku sedar aku hanya insan biasa..
yang tidak pernah lari dari kesalaha..

Wallahwaklam..sama2 la kite berdiri atas kaki sendiri..
menilai dimana tahap kita sekarang..
Tergolong dalam golongan yang macamna..
Yang xsedar diri?? Yang berlagak?? atau yang tahu bersyukur dan sabar
menghadapi semuanya tanpa merungut,mengeluh..
Tanpa berfikir negatif tentang org lain..

Saturday, April 16, 2011

6 Reasons Why Im Feel Sweet to Be SINGLE! :P




Artikel Cinta ini telah disampaikan oleh saudara silver_planet di Forum Tentang Cinta dan diolah oleh Aku Wanita Biasa

Tidak berteman? Rasa sunyi? Memang kadang2 aku pon rasa camtu,sunyi giler..bile ada masalah then xder tempat mengadu tapi tu dulu..skrang aku rasa single ni FUN! Usah harungi detik bersendirian dengan perspektif pesimistik. Aku ada beberapa reason la why i feel sweet to be SINGLE!

1. Bebas dan berdikari
Kalau nak shoping,jalan2,njoy2,derak2 ore klate oyak,x yah duk pikir lame2.. dengan kebebasan yang ada,aku boleh membuat apa sahaja yang aku suka, sama ada keluar ngan kawan2,maen bowling,tgok wayang,ape2 jelah janji korang boleh beza la mane baek mana buruk ka.. Jika korang teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi korang ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfren berasa cemburu. ye kan?? bagi kau syookkk camtu..tapi x tawu la korang kan, sunyi la konon xde tempat bermanje..hehehhe!

2. Jadi rakan yang baik
Kalau xderk boyfren ni, aku rasa ada banyak masa bersama kawan2. Aku boleh ke KB bersama-sama dan mengadakan BBQ di pantai. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan kawan. Detik yang dikongsi bersama boyfren ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan kawan2 yang laen.

3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah
Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfren terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada mereka. Ye x?? Ni untuk boyfren ada mase,untuk mak xpelah xde pon..bosan la..org tua la..ape la.. Bukan itu sahaja, korang juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat. Baru bahagia...

4. Kuat keuntungan dengan part-time
Dengan banyak masa terluang, korang boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin korang bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama. Tapi aku x sempat la nak part time..

5. Jimat kos
Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boleh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Aku boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 spesel seperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya. Tu sume maksiat jah, org putih punye keje nak hancurkan kite... :P

6. Kurang beban tanggungjawab
Aku tak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfren sukakan aku atau tak,tak perlu risau sama ada ibu bapanya mempunyai impresi positif terhadap aku. Dengan menjadi single, aku hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan aku dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend aku

Keindahan Matematik..

1 x 8 + 1 = 9

12 x 8 + 2 = 98

123 x 8 + 3 = 987

1234 x 8 + 4 = 9876

12345 x 8 + 5 = 98765

123456 x 8 + 6 = 987654

1234567 x 8 + 7 = 9876543

12345678 x 8 + 8 = 98765432

123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11

12 x 9 + 3 = 111

123 x 9 + 4 = 1111

1234 x 9 + 5 = 11111

12345 x 9 + 6 = 111111

123456 x 9 + 7 = 1111111

1234567 x 9 + 8 = 11111111

12345678 x 9 + 9 = 111111111

123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88

98 x 9 + 6 = 888

987 x 9 + 5 = 8888

9876 x 9 + 4 = 88888

98765 x 9 + 3 = 888888

987654 x 9 + 2 = 8888888

9876543 x 9 + 1 = 88888888

98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1

11 x 11 = 121

111 x 111 = 12321

1111 x 1111 = 1234321

11111 x 11111 = 123454321

111111 x 111111 = 12345654321

1111111 x 1111111 = 1234567654321

11111111 x 11111111 = 123456787654321

111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101%Dari sudut pandangan matematik :

Apakah ia sama dengan 100%?

Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?

Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?

Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%

Bagaimana nak MENCAPAI 101%?

Apakah nilai 100% dalam hidup?

Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ

Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:

KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:

Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta

SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

Friday, April 15, 2011

Lelaki..

Hohohohooho...
bile tgok tittle ni mesti korang pikir sal2 cinta kan??
ohh noo...aku mmg nak ckp psal laki arini..
aduhhhh sakit kepala aku,pening bile pikir
psal laki ni..name je laki, tapi pangai cam budak2!
bukn laki kat cni la..laki kat Afrika sane tu haa...

korang tawu x knpa aku rimas ngan laki ni??
  1. kalau die kate nak, die tetap nak..aku buat x taw jerk,bukn keje kite pon nak tentukan kite ngan sape2 kan??
  2. kalau kite ckp x nak plak, konon caring la..jage..buat baek..caring x bertempat.. Ya Allah,rimasnye aku dgn org mcm tu..mak bapak aku pon x mcm tu lah..nk muntah pon ada,meluat!!
  3. pastu cemburu tu 1 hal..x bertempat lansung! nak cmbru tu cmbru la tapi masalahnye aku ni bukan sape2 pon ngan ko..kekasih ko?? bini ko?? aku x pernah declare pon la.. sory la,aku mmg HOT ni!!
  4. dah la duk coling2 slalu, then klau ckp bukn kejap2,lame2... Aduhhhhh bingit telinga ni tawu x??? korang faham kan klau org yg kite xske col?? ckp lame2 mmg bosan..nak ckp pon,takot kecik ati..jadi payah la..huhuhu! aku banyak keje lagi lah wehhh..
  5. satu lg laki ni kan, pantang kite bagi chance sket, layan sket, dah pasan kite ske kat die.. tolong ar, aku ni ske layan org elok2 jerk, x kan aku nak lyn kwn2 kasar2..pikir ar wehhh..
tu la antara sbb aku mmg anti sket ngan laki2 yg mcm ni.. nak cari gf pegi la cari org laen..
aku ni bukan cntik pon, ko cari la lagi baek dari aku..
ni x tentu pasal pegi komen kat FB aku, "xkan kcau awk lg..bebaslah..bla..bla..bla.."
ape kes?? mmg x matang laki cmtu! x ingin pon aku nak kat die lah..
klau nak kwn ngan aku bley, tapi sekadar kwn..n kwn la baek2..
aku dah ckp care elok tapi die xnk dgr, tu die pnye pasal..
aku mmg nak mintak maaf la ngan die andai mmg aku silap..
aku mmg x niat lansung nak sakitkan ati die tapi
die yg salah faham tntg aku ngan die..
so, pape hal klau die x hadir lagi untuk jadi kawan kau pon x pelah..
aku x kesah lansung dah...
sekarang aku banyak lagi keje nak kena buat, xde mase dah aku nak pikir soal yg remeh
temeh cmni..lagipon bukan masenye lagi kot..

Thursday, April 14, 2011



Hohohoho Assalamualaikum semua.. Sekarang jam menunjukkan pukul 1.45 a.m. Mata ni masih bertahan nampaknya..so aku cuba isikan masa aku dengan merepek kat blog ni.. Malam ni aku xde nak cakap pape yang best or pnting pon cuma aku nak share pape jelah yang aku rase skrang..hehehe!

Ermmmm... Sekarang ni kan, aku ada lah kawan ngan sorng mamat ni.. name die Adi (bukan name sebenar) kikiki.. Nak tawu kau kenal cmne?? die konon col aku la, ckap dapat no aku kat hnset die baru beli. Ntah betol ke x, who care??!! aku bukan kesah pon kan.. Then, aku lak gatal pegi layan..padahal awl2 tu mmg aku x mau layan pon.. malas ar,buang maso! Layan laki ni bukn aku minat sgt pon..nk berSMS, bergayut kat telepon berejam2.. bnyak keje laen kot.. Tapi ntah kenapa nga die ni,saje aku nak layan..maklum ar, aku dah clash ngan sume skandal2 aku dah sbb diorng kantoi ngan awek diorng.. aku tggal lah.. hahahah! baek x aku?? gaduh la korng nak gaduh..tu korng pnye umah tangga la.. aku x kcau korng pon, laki ko yg kcau aki..

Bukan aku tawu die ada gf.. menyampah jantan cmtu!
Berbalik pada topik kite, si Adi ni bile aku dah rapat2 ngan die, mula la suke kat aku..
padahal kenal kat dalam nset je kot.. menyampah lagi la aku ngan jantan2 ni..
aku ni plak sbuk memanjang, mane nak ada mase aku nak layan2 anytime..
tapi aku x take srius pon die ske kat aku tu, mgkn saje nak uji aku ke ape kan tapi asyik2 col, SMS, i rimas la u..huhuhu!

Patotlah i single smpai skrg sbb i ni mmg x layak bercinta..tapi bab tackle, POWER!! hahaha.. oooppppsss..korang jgn lah salah faham.. aku ni jenis low profile org nye. aku sedar aku ni bukn cun pon, cantik pon,cute pon tapi msng2 ada keistimewaan msing2..care aku mndekati org adalah melalui psiklogi..aku lebih suke memberi nasihat atau teguran yang membina. lelaki ni mgkin susah die nak terima taw tapi kalau kite ada care yg betul, die boleh terima..malah bukan hanya menerima tapi mngikut.. jnji nsihat tu bagilah yg elok2, bukn pada benda yg x elok..hehehe! aku nak cakap ape sebenarnye ni ek?? aku pon x tawu lah.. aku cuma nak cakap aku lebih selesa idup cmni..single.. Korang tawu x kenapa aku x pikir nak ada partner pon??
  1. Allah marah.
  2. Mama n Abah aku tak suka.
  3. Aku tak suka.
Bila mane aku berpegan yang Allah marah, I meant dalam Islam xde yang halal untuk couple so insyAllah aku cuba untuk ikot. Knp cuba?? Aku juga manusia biase yg x pernah lari dari kesilapan.
Bila mana kadang2 naluri aki terlintas untuk couple tapi aku ingt prinsip aku yg ke2, mama n abah aku marah..bile fikir mama n abah, diorang yg paling aku syg..pling mnyayangi aku..perlu ke aku cari org laen, saudara yang ajnabi dgn aku untuk mencurahkan kasih syg, cinta, rindu die untuk aku?? semua tu menjanjikan yang halal ke buat aku??? oohhhh!

Bile berbicara soal ini mesti ramai yg pertikaikan tapi kau sampaikan secara tak formal lah. aku masih kurng pengetahuan tapi klau kite dah tawu benda tu dah nyata, terang lagu bersuluh, perlu ke kite nak suluh lagi wlaupun dah terang?? perlu jgk..bagi lagi terang..silau! hahahaha! Apabila aku dah tawu Allah marah, org tua aku mrh automatik aku pon jadi xsuke pada smua2 ni kerana ini akan mengundang maksiat semata2. Lebih mendatangkan keburukan dari kebaikan..

Ada sesetengan org berkata, couple ni leh bagi kite semangat untuk belajar.. Yeke??
Knp smangat itu perlu hadir dri org laen?? Rakan2 sejantina x boleh?? sbb naluri ngan kwn sejantina ni laen.. klau rkan sbilik sruh solat, liat nye masyAllah.. Kalau pkwe sruh, (konon pkwe tu caring la, baek la, ciri2 suami soleh) solat lalu! pkwe sruh pkai tudung, pakai lalu! Cuba mak bapak sruh, berbuih mulut2 nka ikot.. ape ni?? mak ayh yg jage dri kecik smpai besar, xde nye nk ikot ckp mak ayh tu..

Ni lah anak zaman skrg kan?? aku bukn nak berlagak baik tapi itulah realiti.. Aku juga pernah melakukan silap, kadang2 aku sedar silap aku, Alhamdulillah la aku sedar jgk..tuhan bagi hidayah jgk kat aku tapi yg xsedar dgn kesilapan sndri?? terus hnyut dan hnyut..istighfar..aku mohon jauhilah aku dari perkara2 yg Engkau murkai..same2 lah kite cuba renung2kan n berfikir sejenak akan hal ini..

Wallahwa'lam..


Wednesday, April 13, 2011

Bermula lah episod baru dalam hidup aku..

"Tingggg tonggggg... " ( senyap jerk....)

5 minit kemudian...

"Tingggg tongggg...."(duppp dapp duppp dapppp! jantung bedenyut-denyut )
"Assalamualaikum.. Berikut diumumkan pemenang pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Hussein Onn sesi 2011/2012.."
........................................
.......................................
........................................
.........................................
......................................
.......................................
......................................
....................................
..........................................
..........................................
"Seterusnya, calon no 10, Fatin Farhana Binti Harun dari kos CS 111.."

Arggghhhhhhh! Tak ku sangka.. Tak ku duga.. Kemenangan yang akan menimpa..
Dah ku coba pertahankan, tapi orang nak aku juga..
Hahahha! begitulah gimik2 saat2 aku dinobatkan sebagai YB kat kolej kediaman ni.
Huhuhu mula2 ingat x dapat dh. Klau x dapat pon aku redho jerk..
Dapat Allhamdulillah.. Amin~
Hurmmmm malam itu bermulalah episod baru dalam hidup aku..
Aku telah diberi 1 amanah, tanggungjawab dan kepercayaan yang besar oleh pelajar2 yang lain untuk menggalas tanggungjawab sbgai 'leader mereka..
Bagi aku ini adalah satu amanah yang sgat besar n sgat berat untuk aku pikul tapi
Allah sntiasa disisi aku untuk menentukan segalanya..
Bila sebut saje JPK, semua org dpat bayangkan kesibukan yang melanda mereka
sehingga kadang2 mereka takut untuk memegang jawatan ini lagi tapi aku cuba untuk
mengubah persepsi itu bahaya tugas adalah tugas, bukan hanya sekadar nama & pangkat.

Kini aku juga diberi kepercayaan oleh rakan2 seangkatan, Cik Azmi, mantan2 JPK untuk memegang portfolio sebagaiNaib Yang Di-Pertua Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Hussein Onn bagi sesi 2011/2012.
Alhamdulillah semua ini tidak pernah ku sangka sehingga aku boleh smpai ke tahap ini..
Aku seakan bermimpi bila fikirkan hal ni hahaha!
Tapi x mengapa, mgkin ini yang ditentukan untuk aku.
InsyAllah aku akan cuba buat yg terbaik demi kolej, penghuni2 kolej, rakan2 dan yg pling utama
untk diri aku sendri..
Aku harap, Allah memberi kekuatan kepada aku untuk aku menggalas segala tanggungjawab dan amanah ini dengan sebaik2 nya serta mendapat keredhaan-Nya.. InsyAllah.. dan aku juga berharap pelajaran aku x terabai malah meningkatkan prestasi aku dalam segala aspek sama ada akademik atau kokurikulum..

Monday, April 11, 2011

Unforgetable Night... :P



Align Center
10 April 2011 menjanjikan satu malam yang indah n tak akan dilupakan oleh barisan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Huseein Onn (JPK THO), penghuni2 kolej yang lain..
JPK THO melepaskan jawatan mereka kepada ahli JPK yag baru yg mane akan diadakan pilihanraya untuk pencalonan JPK yg baru.

Dinner ini bertemakan 'Fairy Tales', ala2 dongeng gitu.. bermacam2 ragam, pakaian, style n versi masing2 yg mncul pda malam itu.. huhuhu~. Disiapkan pula dengan astana merah putih di atas pentas menyerlahkan lagi keELEGANan dinner malam tu.. wahhh~ TP pon puji tawu..
Bangga lah pengarah projek kan sbb hasilnye berjaya menjadi pujian rmai..

Malam tu aku bertindak sebagai ketua biro hadiah & cenderahati tapi habes biro aku pegang..
ke hulu ke hilir..jenuh nak pastikan majlis berjalan lancar..
Semua nye berjalan lancar cuma ada beberapa masalah yg timbul yg kami sendiri x duga..
Ketidakcukupan makanan untuk pelajar2.. Hal ni menimbulkan ketidakpuasan hati lah kan? so kami barisan jawatnakuasa pelaksana cuba untuk menyelesaikan masalah ini.
Mereka terpaksa menunggu makanan hampir 1 jam. Kami memohon maaf atas kekhilafan yg berlaku kerana makanan mmg kami dah standby lebih tp mgkn ada lah hamba Allah yang kebulur x makan 10 hari kan.. 1 ketul ayam mmg x ckup. Xpelah, kesian jgk kat die kan so kite halalkan jelah ek. Tapi malam tu mcm aku x hepi sgatlah sbb x xdp tgok majlis tu sepenuhnya disebabkan permasalahan yg timbul so aku redho jelah..

Majlis berakhir lebih kurang pukul 11.30 malam. Time tu la baru kami bleh rehat n makan. Mmg besar pengorbanan tu kan?? huhuhu~ jom la join kami :D hehehe! banyak pahala wat amal.. pastu lah baru ada mase nak bergambar, snap sne snap sni.. kesian kitorang kan?? :(. pkai cantik2 pon x guna, las2 duk blkang pentas jerk.. hak3!
Then sesi bermaafan antra seki n JPK yang akan meletak jawatan x lame lagi.. Mmg agak sedih sbb selama 2 sem kami bersama menjalankan tugas n membantu antara satu sama lain untuk melaksanakn apa2 program.. ssh senang brsma.. ske duka.. tension... stress..mmg x dinafikan tugas kami agak sbuk tapi x jgk aku nafikan, itu mmbuatkan kami lebih erat. Bagi aku, klau difikirkan sibuk tu mmg x kemane2 la kite kalau kite asyik nak rehat saje kan? so fikir2kanlah untuk mngaktifkan diri anda yer..

Eyh2 ni dah masuk bab lain dah ni.. Aku nak cakap pasal 'Unforgetable Night' tapi x pelah.. Xde pape pon yang nak citer banyak2 cuma aku harap kite perbaiki kelemahan yang ada n mantapkan lagi kelebihan yang sedia ada.. Tu sahaja dari kau, ada pape cadangan bleh suggest. Xde msalah .

Wassalam.. :)


Rakan-rakan setugas.. Dari kiri Ekin, Kinah, Aku, Yati & Jan..

Antara barisan mantan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Hussein Onn 2010/2011..






Ni Jan.rakan setugas yang paling giler2 n best ar.. Aku pasti rindukan saat bersama hang la wehhh!










Ni plak Nadia, YDP kitorang.. Kadang2 die ni banyak mulut sket, risau x tentu pasal.. sygggg nadia!










Kenangan bersama kalian tetap sentiasa terpahat di hati..

Love u all..

Saturday, April 9, 2011

Mohon doa dan restu..





" Dah stdy ke?? Dah ready ke nak test esok ni? Madam cakap kte dah xde mase da nak buat test,tu jerk mase yang ada. "

"Linear Algebra camner?? Test fail! quiz fail! Macamna?? Madam......tolonglah kami. Ambik soalan past year dh la madam..."

"Coding dah seap ke?? Bleh run x?? Madam! Cuba tengok coding kami ni.. Total price x kuar la.. "

"Madam! Ape kate kite buat take home test jerk?? "

" Arghhhhh!! Hari2 test.. bile nak stdy nye?? ngan dinner THO lg.. baju xderk nak pakai ni..dh nak kena eskot VIP, serve VIP.."

Itulah antara keluhan2 yang sering didengar bile final dah dekat ni kan..
Macam2 ragam la sorng2 mencari alasan, keluhan dan simpati2 dari lecturer..
Hahaha! Biasa la tu.. Student' life.. Macam tu la baru sonok.
Kadang2 aku mcm stress jgk kan tapi kadang2 bile pkir sonok jgk..
Rilex ar kwn2, bukn senang nak senang kan?? So pape pon kite kna hadapi dengan tabah
n tenang la. Buat yang terbaik. Kite tension bukan slalu pon, kadang2 jerk.
Kite tension mase ni je pon, pasni kite free balik. (bagi semngat kat dri sndri) hehehe..

Aku sebenarnya ada beberapa pesanan untuk korang b4 exam ni..

  1. nak dekat2 exam ni jage kesihatan.. stdy tu stdy jgk tp jgn smpai ksihatan terabai..
  2. masalah yang remeh2 tu lupekan dulu tawu.. especially soal ati n perasaan ni kan.. korang ni bukan leh kire sangat, yg kapel2 ni..asyik nak tacing2 jerk maklum la dekat2 final ni masing2 tension kan so masing2 nak lepas tension masing2 la.. pastu mula la gaduh, nanges, lyn perasaan, jiwoooo!!! nak cerai pon ork2 la lepas final ek..kikikik (-^-)
  3. study tu jgn last2 minit.. pastu mula la gelabah. ada masa tu manfaatkan ek. tengok mane2 persiapan yang patot buat awl, buat la awl2.
  4. study tu jgn semata2 nak 'A' saje tapi biarlah niat menuntut ilmu.. N jgn pulak harap kwn2 dpt tolong kite or toyol2 dpt bantu kite time exam. Tu mmg aku anti lah!
  5. Banyakkan amalan2 sunat mcm berpuasa, solat hajat, solat sunat.. Tu akan lebih memberi kite kekuatan ketenangan..
Aku nak berkongsi beberapa doa untuk menghadapi peperiksaan..

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:

(Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran samada dari buku atau nota)

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"
.......................................................................................

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)
.......................................................................................

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan
(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)
.......................................................................................

Doa memohon kejayaan cemerlang -
(Dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggkeputusan peperiksaan diumumkan.)

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda. Selepas solat berdoa kepada Allah SWT semuga mendapat kejayaan dariNya.


Antara PERSEDIAAN MENTAL yang perlu ketika musim peperiksaan ni...

Malam Peperiksaan

1. Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.

2. Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.

3. Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.

Pagi Sebelum Peperiksaan

1.Jangan lupa ambil sarapan pagi.

2. Jangan lupa bawa kad pengenalan,slip peperiksaan anda.

3.Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.

4..Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.

5.Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.

6.Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.

7.Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.

MEMULAKAN PEPERIKSAAN

1.Dengar arahan pengawas peperiksaan.

2.Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.

3.Lihat semua soalan.

4.Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).

5.Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.

6.Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.

Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan. Bertawakalah kepada Allah SWT, InsyaAllah anda pasti berjaya.





Dan yang paling penting pohonlah restu dari Maha Pencipta dan kedua ibu bapa terlebih dahulu. Restu mereka sangatlah bermakna.. begitu juga dengan pensyarah yang telah banyak memberi ilmu kepada kita selama ini. Mana tawu kan, slalu datang kelas lambat, slalu ponteng kelas die, x buat keje die, menjawab cakap die kan.. Ada terguris hati ngan kite ke, mane nak tawu kan.. X berkat belajar, ilmu yang die bagi kat kite selama ni.. So, restu tu penting untuk mendapat keredhaan dari-Nya jgk..
Hari ni kau dah dapat jumpe famly aku..mama n abah aku.. Bile dapat jmpe diorng,semangat sket rasenye kerana mereka lah nyawa..jantung..hati..semangat..kekuatan..aspirasi..idola...AKU!
Mereka lah menyayangi aku seiklas,sejujur,sesetia,sepenuhnya..
I LOVE THEM!!! MMuuuaahhhhh!

Aku rase tu jelah kot nak pesannya.. Anyway, gudluck 4 final.. Aku harap korng dpt buat yang terbaik ek.. Korng mmg TOP arhh!! Cuma kadang2 tu ada pnyakit sket kan.. "Mr.M". Bile dah kapel ngan die mmg payah ar nak clash.
Yang penting usaha tu mesti seiring dengan doa. Jgn doa saje mmg x jadik. Then, aku harap usaha n tawakal tu biar berbaloi n setimpal dengan hasilnya. Aku doakan kite semua dapat buat yang terbaik dalam final nati ok. Choooww!

Wassalam..


Thursday, April 7, 2011

SAHABAT


Bila kita berbicara tentang sahabat.. Ia memang sukar dicari malah sering diduga..
Sahabat.. Insan yang sentiasa disisi di kala menangis dan ketawa.. Di kala gelak dan air mata..
Sahabat.. Insan yang sudi mendengar luahan rasa hati tanpa jemu dan bosan.. Sahabat.. Insan yang rela bekorban dan buat apa sahaja demi melihat sahabatnya ketawa dan bahagia.. Apakah tidak wujud sahabat di muka bumi ini?? Wujud.. tapi sukar dicari..
Sahabat yang hilang pula sukar dicari ganti.. Apabila kita memiliki sahabat tidak selamanya dia aka
n
bersama kita..
Tidak selalu nya die dapat mendengar luahan keluh kesah hati kita.. Tid
ak mungkin die akan dapat menemani kita sentiasa..
Dikala aku suka, aku senang bila dapat berkongsi kebahgiaan ku bersamamu..
Dikala kau sedih dan di dalam kedukaan.. Aku senang untuk menceritakan
kegundahan yang melanda..
Tapi kini aku tak dapat berkongsi semua itu lagi kerana sahabat.. kau terpaksa pergi atas sebab yang menjanjikan kamu sebuah kebahagiaan yang baru..
Itulah sahabat, aku rela bekorban yakni merelakan kau pergi biarkan hati ini berat untuk melepaskan mu.. Walaupun kadang2 aku tak menduga semua ini akan berlaku antara kita..
Perpisahan ini walaupun sementara, buat aku sedar nilai sebuah persahabatan yang iklhlas.. Walaupun kite tidak
bertentang mata.. berbalas kata.. tapi aku disini sentiasa mendoakan kamu berada dalam keadaan sihat2 aje..
Semoga persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat.