Tuesday, March 29, 2011

Pagoh 2011



HARI PERTAMA

Baru-baru ini, aku wakil UiTM Kelantan ke KPT-UiTM Kejohanan Orienteering Edisi ke-2 2011 di Pagoh, Muar, Johor. Ni la kali pertama aku sampai ke Pagoh. Sebelum ni memang aku xpernah kenal Pagoh ni. Kawasan ini terletak disalah satu daerah di Johor iaitu Muar. Kitorng bertolak hari khamis, 24 Mac jam 6.00 p.m dari Machang. Perjalanan Kelantan-Johor hampir memakan mase 10-12 jam. Waduuhhh memang kejang la segala otot-otot nak sampai sane..

Kitorng selamat sampai di IKBN Pagoh lebih kurang jam 8.15 a.m untuk sesi pendaftaran n check-in sbb bermalam di asrama mereka untuk 2 malam. Sesi pendaftaran start pukul 8.30 a.m - 4.00 p.m. So,kitorang ada masa lagi untuk rest! Arghhh penat kott...
Aku dapat bilik aras 3 dan setiap bilik 6 orang. Pada asal nya aku mmg sorang2 tapi aku diberi chance bwk personal assistance sndri.. wahhh! ngetop gtu..
Petang pulak, ada sesi taklimat untuk pertandingan n malam pulak ada forum 1 Malaysia yang dipaneli oleh ahli2 panel dari 3 jenis bangsa; Melayu,India dan Cina. Forum ni sangat menarik perhatian aku sbb 3 bangsa dapat memberi pandangan & pendapat serta membincangkan satu isu iaitu 'Konsep 1 Malaysia' & 'Bagaimana Sukan Dapat Mengukuhkan Perpaduan'.




HARI KEDUA

7.30 pagi bergerak ke Kompleks Sukan Pagoh untuk cabaran orienteering. Setiap kumpulan 4 org dan kami dilepaskan secara
berpasangan. 2 org untuk orientees pertama n 2 org orientees ke2. Orientees pertama diberi masa 2 jam untuk mengumpul 20 checkpoint begitu juga dgn pasangan ke2. Setiap 1 minit lewat akan diberi penalti selama 10 minit. Kami terpaksa berjalan hampir 16km untuk mendapatkan keseluruhan checkpoint. Mmg penat giler la sampai aku naik nak pitam.
Naseb baek x pitam jerk. Ntah kenapa keadaan aku x berapa nak stabil time tu. Mungkin cuaca yg panas terik dan kasut yang aku pakai agak tidak selesa n menghalang pergerakan aku. Aku hampir pitam dan muntah2 kerana meneguk air time tercungap2 menyebabkan air tu terkeluar la balik.. Aduhhh.. Ni la pengalaman aku untuk orienteering. Sampai kat garisan penamat, tengok2 kompas pulak hilang. Aduhhh memang jem lah nak menggantinyer..


Selepas selesai semuanya, lebih kurang pukul 2.30 kami bergerak ke bandar Muar untuk makan tengahari n jalan2 pusing bandar la.. mengambil masa lebih kurang 45minit nak ke sana. Tak ada apa yang menarik perhatian aku kat sana. Majoriti penduduk kat sini berbangsa cina. Ekonomi, penempatan, pekerjaan dipelopori oleh bangsa cina.



Pukul 6.oo p.m kami bergerak pulang ke IKBN Pagoh untuk persiapan dinner bersama kerajaan negeri Johor malam ini. Kami berkumpul jam 8.00 p.m n bergerak ke Kompleks Sukan Pagoh untuk acara tersebut. Ini merupakan salah satu acara penghargaan kepada peserta2 cabaran orienteering kali ini. Kami dijamukan dengan nasi minyak org kawin Johor..hehehe! Ntah la nasi apa,aku pon xtawu.



















HARI KETIGA


Pagi ni pulak kami ada gotong-royong. Kami diminta untuk membersihkan kawasan Kompleks Sukan Pagoh manakala peserta2 yang lain bergotong-royong di Bukit Kepong. Pukul 12.30 p.m. semua peserta berkumpul didewan untuk upacara penyampaian hadiah. UiTM Kelantan tidak membawa pulang apa2 hadiah pon kecuali cabutan bertuah hahaha! Tidak mengapa...pengalaman itu lebih bermakna org cakap.. Ape2 pon kami enjoy!!
Apabila majlis bersurai, kami pulang ke IKBN untuk persiapan pulang ke Kelantan.. Pukul 3.00 p.m. kami bertolak dari IKBN Pagoh dan pada awalnye nak pergi KL tapi oleh kerana masa x mengizinkan, plan bertukar ke Kuantan sahaja. Kami selamat tiba di UiTM pada pukul 3.30 a.m. Aku harap, jika diberi peluang lagi aku nak join lagi..hehe.





No comments:

Post a Comment