Saturday, April 9, 2011

Mohon doa dan restu..





" Dah stdy ke?? Dah ready ke nak test esok ni? Madam cakap kte dah xde mase da nak buat test,tu jerk mase yang ada. "

"Linear Algebra camner?? Test fail! quiz fail! Macamna?? Madam......tolonglah kami. Ambik soalan past year dh la madam..."

"Coding dah seap ke?? Bleh run x?? Madam! Cuba tengok coding kami ni.. Total price x kuar la.. "

"Madam! Ape kate kite buat take home test jerk?? "

" Arghhhhh!! Hari2 test.. bile nak stdy nye?? ngan dinner THO lg.. baju xderk nak pakai ni..dh nak kena eskot VIP, serve VIP.."

Itulah antara keluhan2 yang sering didengar bile final dah dekat ni kan..
Macam2 ragam la sorng2 mencari alasan, keluhan dan simpati2 dari lecturer..
Hahaha! Biasa la tu.. Student' life.. Macam tu la baru sonok.
Kadang2 aku mcm stress jgk kan tapi kadang2 bile pkir sonok jgk..
Rilex ar kwn2, bukn senang nak senang kan?? So pape pon kite kna hadapi dengan tabah
n tenang la. Buat yang terbaik. Kite tension bukan slalu pon, kadang2 jerk.
Kite tension mase ni je pon, pasni kite free balik. (bagi semngat kat dri sndri) hehehe..

Aku sebenarnya ada beberapa pesanan untuk korang b4 exam ni..

  1. nak dekat2 exam ni jage kesihatan.. stdy tu stdy jgk tp jgn smpai ksihatan terabai..
  2. masalah yang remeh2 tu lupekan dulu tawu.. especially soal ati n perasaan ni kan.. korang ni bukan leh kire sangat, yg kapel2 ni..asyik nak tacing2 jerk maklum la dekat2 final ni masing2 tension kan so masing2 nak lepas tension masing2 la.. pastu mula la gaduh, nanges, lyn perasaan, jiwoooo!!! nak cerai pon ork2 la lepas final ek..kikikik (-^-)
  3. study tu jgn last2 minit.. pastu mula la gelabah. ada masa tu manfaatkan ek. tengok mane2 persiapan yang patot buat awl, buat la awl2.
  4. study tu jgn semata2 nak 'A' saje tapi biarlah niat menuntut ilmu.. N jgn pulak harap kwn2 dpt tolong kite or toyol2 dpt bantu kite time exam. Tu mmg aku anti lah!
  5. Banyakkan amalan2 sunat mcm berpuasa, solat hajat, solat sunat.. Tu akan lebih memberi kite kekuatan ketenangan..
Aku nak berkongsi beberapa doa untuk menghadapi peperiksaan..

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:

(Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran samada dari buku atau nota)

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"
.......................................................................................

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)
.......................................................................................

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan
(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)
.......................................................................................

Doa memohon kejayaan cemerlang -
(Dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggkeputusan peperiksaan diumumkan.)

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda. Selepas solat berdoa kepada Allah SWT semuga mendapat kejayaan dariNya.


Antara PERSEDIAAN MENTAL yang perlu ketika musim peperiksaan ni...

Malam Peperiksaan

1. Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.

2. Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.

3. Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.

Pagi Sebelum Peperiksaan

1.Jangan lupa ambil sarapan pagi.

2. Jangan lupa bawa kad pengenalan,slip peperiksaan anda.

3.Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.

4..Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.

5.Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.

6.Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.

7.Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.

MEMULAKAN PEPERIKSAAN

1.Dengar arahan pengawas peperiksaan.

2.Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.

3.Lihat semua soalan.

4.Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).

5.Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.

6.Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.

Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan. Bertawakalah kepada Allah SWT, InsyaAllah anda pasti berjaya.





Dan yang paling penting pohonlah restu dari Maha Pencipta dan kedua ibu bapa terlebih dahulu. Restu mereka sangatlah bermakna.. begitu juga dengan pensyarah yang telah banyak memberi ilmu kepada kita selama ini. Mana tawu kan, slalu datang kelas lambat, slalu ponteng kelas die, x buat keje die, menjawab cakap die kan.. Ada terguris hati ngan kite ke, mane nak tawu kan.. X berkat belajar, ilmu yang die bagi kat kite selama ni.. So, restu tu penting untuk mendapat keredhaan dari-Nya jgk..
Hari ni kau dah dapat jumpe famly aku..mama n abah aku.. Bile dapat jmpe diorng,semangat sket rasenye kerana mereka lah nyawa..jantung..hati..semangat..kekuatan..aspirasi..idola...AKU!
Mereka lah menyayangi aku seiklas,sejujur,sesetia,sepenuhnya..
I LOVE THEM!!! MMuuuaahhhhh!

Aku rase tu jelah kot nak pesannya.. Anyway, gudluck 4 final.. Aku harap korng dpt buat yang terbaik ek.. Korng mmg TOP arhh!! Cuma kadang2 tu ada pnyakit sket kan.. "Mr.M". Bile dah kapel ngan die mmg payah ar nak clash.
Yang penting usaha tu mesti seiring dengan doa. Jgn doa saje mmg x jadik. Then, aku harap usaha n tawakal tu biar berbaloi n setimpal dengan hasilnya. Aku doakan kite semua dapat buat yang terbaik dalam final nati ok. Choooww!

Wassalam..


No comments:

Post a Comment