Thursday, July 14, 2011

Hadirnya dia dalam hatiku..




Diri ini tidak seperti insan lain..
yang asyik dibuai cinta zaman remaja mereka..
diisi dengan keseronokan berperasaan cinta..
syg awk. rindu awk..
tidak kurang juga aku, lumrah untuk melalui semua itu..
tapi malangnya aku hanya sekadar bersahaja..
tidak berniat atau bertekad untuk mengambil serius hal sebegitu..
haruskah aku mengambil mudah hal-hal sebergini??
hati ini sudah lama kosong dari perasaan cinta yang tulus..
cinta yang tulus ertinya bagi aku cinta yang mendapat respon dua belah pihak..
selama ini, yang ada cuma sekadar suke..suke walaupun pada hakikatnya
dia juga sukakan yang lain...
tapi aku tidak kesah kerana aku juga tidak mengambil serius akan hal itu..
tapi..kini hati ini diusik oleh seorang insan yang bernama lelaki..
aku tidak pasti dia jenis yang macamana tapi die ckup sempurna di mata aku..
aku juga tidak pasti, adakah aku layak untuk die?? huhu..
berserah pada tuhan saja..
lelaki yang selama ini ku cari..
punyai ciri-ciri yang aku inginkan..
tapi...aku yakin janji Allah itu pasti..
Dia telah menciptakan yang tebaik untuk umatNya..
kadang2 desakan hati membuat aku gelisah dan takut kehilangan..
tapi aku tahu itu semua dengki khianat syaitan untuk memusnahkan
umat Muhammad S.A.W.
kini aku berdoa, andai benar dia milikku..
maka dekatkanlah hatinya dan hatiku dengan-Mu..
semoga kami dibawah rahmat dan lindungan-Mu..

Amin~ (-0')




No comments:

Post a Comment